Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selamat datang saya ucapkan dan terima kasih
kerana sudi berkunjung ke laman web saya yang serba ringkas ini. Saya meminta maaf sekiranya laman web ini tidak memuaskan
hati saudara yang berkunjung ke sini. Maklumlah saya tidak tahu menahu dalam hal website. Saya bukan lulusan IT atau multimedia.
Namun apa yang penting bagi saya saya dapat menyampaikan dan berkongsi cerita mengenai rahsia meraih kewangan menerusi internet.
Sebenarnya telalu banyak cara dalam meraih pendapatan dalam internet. Anda boleh memasarkan barangan anda atau orang lain
menerusi program affiliate. Tetapi saya tidak mahu memeningkan kepala saudara seperti mana saya pening kerana terlalu banyak
program affiliate yang saya sertai.
Saya
Saidin atau lebih dikenali sebagai Din. Saya mula melibatkan diri dalam pemasaran internet lebih kurang setahun yang lalu.
Apa yang saya pasarkan adalah produk-produk yang berkonsepkan affiliate dan MLM untuk memasarkan pelbagai seperti herba, e-book,
software dan sebagainya yang terlalu banyak untuk disebut di sini. Namun hasil yang saya perolehi amatlah tidaklah setimpal
dengan apa yang telah saya lakukan. Saya tidak menyalahkan sesiapa. Mungkin ada yang tidak kena pada strategi pemasaran saya.
Walaubagaimana susah sekalipun disebabkan minat terhadap pemasaran internet, saya masih di sini kerana saya tahu peluang yang
ada dalam pemasaran internet ini adalah luas. Sehingga ke hari ini saya memasarkan lebih kurang 80 produk melalui internet.
Tetapi tumpuan utama pemasaran saya pada ketika ini adalah lebih fokus kepada perkara ini.
Kisah Benar
Apa yang saya kongsi di sini bukannya Swiss
Cash. Saya Pada Mac 2006 saya mendapat pelawaan untuk menyertai Swiss Cash yang dikendalikan oleh Swiss Mutul Fund daripada
seorang lelaki dari Utara Tanah Air. Dia menghubungi saya melalui telefon dan menerangkan kelebihan melabur dalam Swiss Cash.
Namun modal yang tinggi tambahan pula saya seperti anda amat meragui pelaburan internet ini kerana wujud manipulasi daripada
pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya tetap mendaftar di Swiss Cash tetapi pendaftaran saya dibatalkan kerana tiada deposit
pengaktifan selepas beberapa minggu pendaftaran.
Sekitar
September dan Oktober 2006 timbul isu mengenai Swiss Cash yang dilabel sebagai penipuan atau SCAM. Bermula dari situlah muncul
beberapa pihak dalam media yang aktif dalam pelaburan Swiss Cash menafikan pelaburan itu sebagai penipuan. Akhirnya persoalan
tersebut terjawab apabila Jabatan Siasatan Bukit Aman memberikan penjelasan mengenai Swiss Cash. Tanpa disedari siaran media arus perdana yang menyiarkan mengenai penipuan Swiss Cash telah menjadi publisti secara tidak
langsung. Saya mula berminat dan yakin terhadap Swiss Cash. Tambahan pula kawan-kawan yang menyertai pelaburan tersebut mampu
meraih sehingga berpuluh ribu ringgit sebulan. Namun modal masih menjadi penghalang kepada saya kerana USD 1000 adalah terlalu
tinggi bagi saya. Saya iktihar! Tetapi bukan untuk mencari modal kerana Swiss Cash. Saya iktihar mencari peluang pelaburan
yang lebih rendah modalnya daripada Swiss Cash dan risikonya terlalu kecil untuk satu jangka masa yang lama.
Pada
November 2006, akhirnya saya menemui apa yang saya cari. Bekas pensyarah saya telah mengajak saya untuk menyertai Europe Trade
(UK) Ltd. Sebuah firma yang aktif dalam pasaran syer dan saham di seluruh dunia dan berpejabat di United Kingdom. Saya memerhati
peluang ini selama beberapa ketika dan apabila berpuas hati saya tekad untuk menyertai dengan modal yang sangat minima. Selepas
beberapa hari saya mendapat pulangan daripada pelaburan saya. Tetapi semuanya saya tetapkan untuk pelaburan semula 100 peratus.
Pada 01 Januari 2007 saya mula memasarkan pelaburan ini untuk mencari pelabur baru untuk komisyen 5 peratus daripada pelaburan
ahli baru.